4 Cara Elak Duit Booking Rumah Lesap

Siapa yang tidak marah apabila duit simpanan untuk membuat bayaran booking rumah yang telah dikumpul selama betahun-tahun akhirnya hangus dalam sekelip mata hanya disebabakan oleh kesilapan daripada pihak sendiri ataupun di pihak lain.

Impian ingin memilki sebuah rumah sendiri musnah. Mana tidaknya, rumah yang diinginkan untuk dijadikan tempat tinggal dan juga sebagai aset penting tidak dapat dimiliki. Siapa yang boleh duduk senang apabila berhadapan situasi sebegini.

lakkan perkara sebegini berlaku, lihat 4 garis panduan yang boleh anda gunakan ketika anda berurusan sebelum membayar deposit rumah.

  1. Semakan Kelayakan Pinjaman Terlebih Dahulu
    Langkah awal yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat semakan kelayakan pinjaman perumahan anda dengan pihak bank ataupun LPPSA sebelum anda melakukan sebarang pembayaran deposit rumah yang anda beli.
    Jangan membuat keputusan secara terburu-buru untuk membeli rumah sehingga anda telah mendapat keputusan berkenaan dengan pinjaman perumahan anda daripada pihak yang berkenaan.
    Sekiranya anda gagal dalam langkah awal ini, kemungkinan besar duit deposit anda akan lesap disebabkan oleh kegagalan anda dalam pinjaman perumahan.
  2. Geran
    Pastikan bahawa rumah tersebut mempunyai geran individu yang berasingan serta mempunyai dokumentasi yang lengkap bagi mengesahkan bahawa ianya adalah milik penjual rumah itu sendiri.
    Jika tiada geran rumah tersebut, elakkan daripada membuat sebarang deposit rumah.
  3. Melantik Peguam
    Sebaiknya, anda perlu melantik peguam terlebih dahulu dan mendapatkan nasihat daripada mereka.
    Pastikan juga segala pembayaran berkaitan deposit hendaklah dilakukan melalui peguam yang telah dilantik bagi mengelakkan segala jenis penipuan berlaku.
    Elakkan mendengar pendapat daripada mereka-mereka yang tidak arif berkaitan pembelian hartanah.
  4. Dokumen Secara Bertulis
    Keadaan sebegini perlu bila anda terpaksa membuat pembayaran booking bagi mengelakkan hartanah tersebut terlepas ke tangan pembeli lain.
    Pastikan anda telah membuat dokumen bertulis yang mendapat persetujuan dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak ketika anda menyerahkan deposit rumah tersebut.
    Dokumen sebegini amat penting sebagai salah satu bukti hitam putih sekiranya berlaku permasalahan yang tidak diingini di kemudian hari.

Artikel asal diterbitkan di laman sesawang Majalah Labur. Untuk membaca artikel asal, sila klik pautan ini :
https://www.majalahlabur.com/pelaburan-hartanah/4-cara-elak-duit-booking-rumah-lesap/

Join The Discussion

Compare listings

Compare