Saban hari ada sahaja isu scammer dalam pemaju rumah yang sering kita dengari. Malah isu ini semakin menjadi-jadi meskipun segala usaha telah dilakukan bagi membanteras isu ini.
Sangat kesian pada yang telah terkena, namun, ianya masih boleh anda elakkan dengan cara melakukan kajian yang terperinci sebelum membuat urusan pembelian rumah. Dikhuatiri, kecuaian anda dalam memandang serius isu ini akan mengakibatkan penyesalan yang tiada berkesudahan.
Apa yang perlu anda lakukan ketika membuat kajian terperinci? Apakah aspek-aspek yang perlu dititikberatkan?
Jom baca 3 aspek berikut sebelum anda membeli rumah under construction dengan mana-mana pemaju sama ada yang anda kenali ataupun tidak.
- Cari Maklumat Syarikat Pemaju Rumah
Sebaiknya, selidik terlebih dahulu latar belakang pemaju rumah yang bakal anda berurusan. Pastikan, anda tahu serba sedikit berkenaan pemaju rumah tersebut.
Adakah syarikat pemaju tanah tersebut telah berdaftar secara sah, apakah status terkini syarikat tersebut sama ada masih berstatus aktif ataupun tidak dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Paling mendukacitakan adalah ada syarikat pemaju rumah yang sebenarnya mereka ini sama sekali tidak berdaftar secara sah.
Dengan adanya pengetahuan anda tentang maklumat-maklumat ini, ianya dapat memberikan anda gambaran tentang keupayaan syarikat pemaju rumah tersebut dalam mengendalikan sesebuah projek perumahan. - Buat Semakan Track Record Pemaju Rumah
Sangat disarankan untuk anda tahu tentang track record pemaju rumah untuk mengetahui berapa banyak projek perumahan yang telah mereka berjaya siapkan.
Tetapi, bagaimana caranya untuk anda membuat semakan track record ini? Caranya mudah sahaja, anda boleh menghubungi bahagian pelesenan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mendapatkan maklumat yang diinginkan berkenaan syarikat tersebut.
Dengan ini, anda boleh membuat semakan tentang tarikh syarikat tersebut mula ditubuhkan, berapa banyak projek yang berjaya disiapkan oleh syarikat tersebut, berapa banyak pula projek yang telah terbengkalai ataupun masih tergendala dan perkara-perkara yang lain.
Melalui semakan track record ini, anda sudah boleh membuat penilaian sama ada ingin terus berurusan dengan pemaju rumah tersebut ataupun tidak.
- Fahami Terma Yang Terkandung Dalam Perjanjian Jual Beli
Sekiranya anda telah berpuas hati dengan kedaan fizikal serta segala maklumat yang anda inginkan, seterusnya anda boleh buat perjanjian jual beli dengan pihak pemaju rumah pula.
Apa yang penting untuk diingatkan adalah jangan cepat untuk menurunkan tandatangan anda ke atas perjanjian jual beli sebelum anda membaca terma dan syarat dengan teliti.
Sebaiknya, dapatkan dahulu pengesahan berkaitan setiap perkara dengan pihak pemaju rumah. Seperti yang anda sedia maklum, apabila surat perjanjian telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak, ini menandakan anda telah terikat secara langsung dengan terma dan juga syarat perjanjian yang telah dinyatakan.
Oleh yang demikian, amat penting untuk anda memahami segala isi kandungan perjanjian tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sumber : MajalahLabur.com
Artikel asal diterbitkan di laman sesawang Majalah Labur. Untuk membaca artikel asal, sila klik pautan ini :
https://www.majalahlabur.com/pelaburan-hartanah/3-aspek-penting-sebelum-membeli-rumah-under-construction-dengan-pemaju-rumah/