Apa Itu Geran Rumah? ‘Geran rumah’ merujuk kepada dokumen yang memaparkan ciri-ciri hakmilik tanah anda. Dalam bahasa Inggeris, perkataan geran disebut sebagai “title”. Geran rumah ini sangatlah penting kerana ia merangkumi pelbagai proses yang berkenaan dengan pembelian, pemilikan, dan penjualan rumah. Geran rumah datang dalam format-format berbeza yang bergantung kepada jenis bangunan yang...