Seringkali kita mendengar untuk mula membeli rumah, kita perlu ada deposit sebanyak 10% daripada nilai rumah, ada juga kata sebelum beli rumah kita perlu tengok lokasi kawasan perumahan itu terlebih dahulu.
Ada juga yang berpendapat sebelum nak beli rumah, kita perlu tahu nak beli atas tujuan mendiami sendiri atau untuk pelaburan. Jadi mana satu sebenarnya langkah mula untuk membeli rumah?
Jawapan sebenar adalah kita perlu berjumpa dengan Mortgage Specialist. Mereka ini berperanan penting bagi setiap pembeli rumah. Mahu atau tidak, kita harus melalui proses menghantar dokumen kewangan peribadi kita kepada pihak bank bagi mendapat kelulusan untuk membeli rumah.
Kalau loan tak lepas, macam mana nak beli rumah. Betul tak?
Siapa itu Mortgage Specialist?
Mortgage Specialist merupakan perunding pembiayaan perumahan. Mereka bertindak sebagai ‘penapis’ atau pihak yang membuat semakan lebih lanjut mengenai kewangan peribadi kita sebelum membeli rumah.
Seperti biasa, mereka akan meminta kita untuk memberikan dokumen seperti slip gaji dan penyata bank selama 3 hingga 6 bulan. Ada juga dokumen-dokumen tambahan lain yang diperlukan seperti bukti duit simpanan dan dokumen komisyen part time bagi menguatkan lagi permohonan.
Selepas mereka menerima semua dokumen itu, mereka akan proseskan dan membuat tapisan yang lebih lengkap berdasarkan portfolio kewangan kita. Mereka juga turut menggunakan formula kiraan Debt Service Ratio (DSR).
Bukan setakat itu sahaja, mereka juga akan membuat kiraan formula Net Disposable Income (NDI) bagi mengenalpasti sama ada kita layak untuk membayar komitmen bank yang baharu.
Kenapa kena jumpa dengan Mortgage Specialist sedangkan kita boleh buat kiraan sendiri berdasarkan formula DSR?
Membuat kiraan formula DSR sahaja sebenarnya tidak cukup, kerana anda berpotensi untuk tidak mendapat kelulusan sebenar daripada pihak bank. Namun jika kita terus berurusan dengan Mortgage Specialist, mereka akan membuat kiraan lebih terperinci dan hasilnya kita tahu keputusan permohonan kita sama ada layak atau tidak.
Selain itu, antara sebab perlu berjumpa dengan mereka adalah supaya kita dapat elak daripada membuat submission berlebihan kepada pihak bank. Tahukah anda, jika anda didapati membuat submission yang banyak dalam masa satu tempoh kepada bank, ia akan memberi kesan terhadap permohonan yang akan datang.
Apa jadi selepas mendapat tahu keputusan kelayakan kita? Sebagai contoh, apabila kita mengetahui harga maksimum rumah yang boleh dibeli adalah RM300,000 maka kita boleh terus buka laman web jual beli hartanah dan survey rumah-rumah berdasarkan kelayakan pembiayaan kita.
Untung juga dapat berjumpa dengan mereka dulu kalau tidak, tak pasal-pasal kita ‘terciduk’, duit booking pun burn.
Servis Mortgage Specialist adalah percuma! Dapat sesuatu dari artikel ini? Jika ya, terus berjumpa dengan Mortgage Specialist berhampiran atau terus ke cawangan bank berdekatan dengan anda untuk membuat semakan kelayakan loan.
Sumber : MajalahLabur.com
Artikel asal diterbitkan di laman sesawang Majalah Labur. Untuk membaca artikel asal, sila klik pautan ini :